Selasa, 21 Februari 2017


Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:
  • Bangsa Melayu Berasal daripada Yunnan (Teori Yunnan)
  • Bangsa Melayu Berasal daripada Nusantara (Teori Nusantara)
Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.

Teori Yunnan
Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:
  1. Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
  2. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar).
  3. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.
Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia[1] adapun menyatakan "nenek moyang" orang Melayu itu berasal daripada Yunan.
Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto,dan juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya:

                                                               

Orang Negrito
Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka diperkirakan ada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut keriting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.




Melayu Proto
Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu dianggarkan berlaku pada 2,500 SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam. Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau yang dikenali sebagai Pinang. Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang.



Melayu Deutro
Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu dianggarkan berlaku pada 2,500 SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam. Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau yang dikenali sebagai Pinang. Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang

Teori NusanTeori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah:
  1. Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
  2. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan"
  3. Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.
  4. Bahasa di Nusantara  mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah.

Asal usul orang melayu yang lebih lanjut boleh jumpa dalam  =  https://asalusulorangmelayu.wordpress.com/



                                     Masyarakat Melayu di Semenanjung 


  Masyarakat Melayu adalah salah satu komponen dari bangsa Malaysia. Kebanyakan adalah penduduk setempat yang telah menghuni wilayah Semenanjung Tanah Melayu dan Pulau Borneo bagian barat laut. Masyarakat Melayu di Malaysia kebanyakan adalah sama dengan masyarakat Melayu yang berdiam di beberapa wilayah Indonesia, meskipun di beberapa wilayah merupakan kelompok tersendiri (misalnya di SarawakSabah, atau Kelantan). Meskipun demikian, Undang-undang Dasar Malaysia memiliki batasan tersendiri mengenai kemelayuan di negara itu.

   Mengikut 1997 Vital Statistics Malaysia Report, penduduk Malaysia semuanya berjumlah hampir 21 juta (jumlah sebenar 20.997.220), dan daripada jumlah tersebut, penduduk Melayu ialah 10,2 juta (48,5 %). Penduduk pribumi lain (termasuk IbanKadazanMelanauBidayuhMurut, dll) berjumlah 2,2 juta (10,5 %). Selebihnya terdiri daripada penduduk bukan pribumi, yaitu orang Tionghoa (5,4 juta – 25,7%), dan orang India, Serani dll (3,1 juta – 14,7%).
  Sebagian besar daripada penduduk Melayu (kurang lebih 65%) tinggal di kawasan desa, di kampung-kampung. Pada masa dulu, sebuah kampung Melayu merupakan satu unit politik, satu unit ekonomi, satu unit genealogi, dan satu unit keagamaan. Kini, kewujudan kampung Melayu tidak sepenuhnya memenuhi keempat-empat ciri di atas.
    Bagi orang Melayu yang tinggal di desa, mayoritasnya menjalankan aktivitas pertanian dan menangkap ikan. Aktivitas pertanian termasuk mengusahakan tanaman padi, karet, kelapa sawit, kelapa, dan tanaman campuran (mixed farming). Orang Melayu yang tinggal di kota kebanyakannya bekerja dalam sektor dinas, sebagai pekerja di sektor perindustrian, perdagangan, pengangkutan, dan lain-lain. Penguasaan ekonomi di kalangan orang Melayu perkotaan relatif masih rendah dibandingkan dengan penguasaan ekonomi oleh penduduk non-pribumi, terutamanya orang Tionghoa. Tetapi kini telah ramai orang Melayu yang telah sukses dalam bidang perniagaan dan menjadi ahli korporat. Banyak yang tinggal di kota-kota besar dan mampu memiliki mobil dan rumah mewah. Selain itu itu juga, banyak orang Melayu yang mempunyai pendidikan yang tinggi, setingkat universitas di dalam maupun di luar negeri.


  Orang Melayu hampir seluruhnya beragama Islam. Namun, sisa-sisa unsur agama Hindu dan animisme masih dapat dilihat dalam sistem kepercayaan mereka. Islam tidak dapat menghapuskan seluruh unsur kepercayaan tersebut. Proses sinkretisme terjadi di mana unsur kepercayaan sebelum Islam ada secara laten atau disesuaikan dengan unsur Islam. Proses ini jelas dapat ditemukan dalam ilmu pengobatan Melayu (pengobatan tradisional), dan dalam beberapa upacara adat.
  Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur lokal dan unsur luar seiring dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam, dan Barat ke Alam Melayu. Dalam pemerintahan Malaysia, unsur-unsur adat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam dibenarkan. Melalui principle of co-existence ini orang Melayu dapat menyesuaikan adat dan agama secara harmonis, walaupun ada aspek-aspek tertentu yang bertentangan tetapi terus diamalkan.

                                                              ORANG MELAYU
MELAYU ANAK  JATI
MELAYU ANAK DAGANG
MELAYU KACUKAN
Kallang dan Orang Sabimba
Aceh
Jawi Peranakan/Jawi
Orang Gergasi
Ambon
Pekan/Peranakan Kling
Orang Laut-Orang Biduanda
Banjar
Peranakan Arab
Orang Laut- Orang Selat
Batak
Peranakan Cina
Orang Sakai Laut
Bawean/Boyan
Peranakan Parsi
Orang Siam Asli
Bugis
Peranakan Turki
Suku Melayu Johor
Cham
Samsam/Sam-sam
Suku Melayu Kedah
Jawa

Suku Melayu Kelantan
Kerinci

Suku Melayu Melaka
Mandailing

Suku Melayu Pahang
Melayu Deli

Suku Melayu Palembang
Melayu Jambi

Suku Melayu Patani
Melayu Palembang

Suku Melayu Perak
Melayu Riak

Suku Melayu Johor
Melayu Siak

Suku Melayu Terengganu
Minangkabau






                                                         Masyarakat Sabah
  
                           


Negeri Sabah mempunyai tidak kurang  dari tiga puluh etnik suku kaum . Sebuah  negeri yang kaya dengan tarian  kebudayaannya. Apabila tiba musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga perayaan Sabah Fest yang dirayakan pada Mei setiap tahun, orang ramai dapat menyaksikan pelbagai tarian kebudayaan yang dipersembahkan untuk memeriahkan lagi suasana perayaan berkenaan.
  
  Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum.  Etnik terbesar  di Sabah adalah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut.  Suku kaum yang lain ialah Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain.
Perbezaan di antara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah ketara terutama sekali dari segi bahasa, ugama, adat istiadat  dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka.


etnik-sabah2 
Kadazan Dusun Kaum Kadazan Dusun  merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah dan berasal daripada Indo-China. Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam  tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.
Kadazan Dusun membentuk 30 peratus populasi Sabah  yang terdiri daripada dua kaum, Kadazan dan Dusun  digabungkan bersama kerana berkongsi bahasa dan  budaya yang serupa. Bagaimanapun, bezanya etnik Kadazan tinggal di kawasan  lembah dan secara tradisi terlibat dalam   penanaman padi, sementara etnik Dusun tinggal di kawasan pergunungan di pedalaman Sabah.

Tarian Sumazau
Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian Sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit.
Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadapan  dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan.
Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai meraikan  tuaian  baik dan  disambut oleh semua kaum lain Sabah.
 Masyarakat Bajau
bajausabah01
Persandingan Masyarakat Bajau
Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, kaum Bajau merangkumi 15 peratus populasi penduduk negeri ini. Mereka asalnya adalah keturunan pelaut yang menyembah Omboh Dilaut (Tuhan Laut) dan sering dikenali sebagai gipsi laut. Ada yang telah meninggalkan kehidupan di laut dan menjadi peladang serta penternak. Mereka pula dikenali sebagai ‘Koboi Timur’ kerana kepakaran mereka menunggang kuda. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bajau seperti Ilanun, Sulu dan sebagainya. Kebanyakan masyarakat Bajau  mendiami  kawasan Semporna dan Kota Belud.  Kaum lelaki dalam kalangan  masyarakat ini terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir.
Adat resam kelahiran antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Melayu di Semenanjung terdapat banyak persamaan di mana adat seperti berpantang, menempah bidan dan melenggang perut juga dilaksanakan oleh masyarakat tersebut. Ini kerana kebanyakan masyarakat Bajau di Sabah adalah beragama Islam.
Tarian Brunsai
Suku kaum Bajau boleh dikenali melalui tarian Brunsainya. Tarian Brunsai tidak diiringi dengan musik ataupun bunyi-bunyian, ianya mengutamakan pada "kalang" seperti berbalas pantun yang diiringi oleh hentakan kaki penari lelaki.
Brunsai biasanya dilakukan pada waktu malam untuk meraikan majlis perkahwinan, merayakan kelahiran bayi, majlis kesyukuran dan bagi meraikan orang yang sudah bernazar. Penari Brunsai juga memakai pakaian yang berwarna warni seperti seluar hitam, biru, merah dan baju serta tanjak yang mempunyai corak-corak menarik.
Tarian Limbai
Tarian ini adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau. Tarian Limbai ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin naik ke  rumah untuk melakukan istiadat  pernikahan. Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.

sabahlansaran_murut
        Tarian lansaran masyarakat Murut
Kaum Murut merupakan etnik ketiga terbesar di Sabah, Murut merangkumi  tiga peratus populasi penduduk negeri ini. Secara tradisi, mereka menduduki kawasan  pedalaman di utara Borneo. Mereka juga adalah antara etnik Sabah terakhir untuk membuang amalan memburu kepala. Kini, mereka penanam padi huma dan ubi kayu, sambil memburu menggunakan sumpitan dan menangkap ikan. Kebanyakan kaum  pribumi di Sabah, pakaian tradisi mereka turut dihiasi dengan hasil seni manik yang menarik. 

Tarian Magunatip
Ini merupakan sejenis tarian tradisi masyarakat suku kaum Murut dari suku Kuhijau (Kwijau). Magunatip berasal dari perkataan ‘apit' yang bermakna jepit. Ia membawa maksud ketika menari kaki penari terjepit atau terapit di antara dua batang kayu (buluh) jikalau tidak cekap mengelakkannya. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik.Tarian Magunatip bertujuan untuk memeriahkan lagi sesuatu upacara yang  diadakan.

Tarian Lansaran
Suku kaum Murut amat terkenal dengan tarian  lansaran. Tarian ini hanya dilakukan di lantai khas yang berukuran kira-kira 81 kaki persegi yang dibina di tengah-tengah rumah panjang yang diperbuat menggunakan kayu bulat. Kayu bulat dipasang berlapis-lapis secara khusus supaya boleh melantun seperti "spring.
Kemuncak tarian ini ialah berbalas-balas pantun tanda mengeratkan lagi tali silaturahim . Pada masa lalu tarian itu diadakan bagi menyambut kepulangan para pahlawan yang telah mencapai kemenangan setelah bertarung di medan pertempuran.
Suku-suku yang lain:

“Suku Momogun Rungus”的图片搜索结果
1.Suku Momogun RungusRungus juga di kenali sebagai Dusun Laut atau Dayak Dusun. Suku kaum Momogun Rungus mendiami kawasan pesisir pantai barat Kudat, pantai timur Kudat, Teluk Marudu, Pitas hingga ke Beluran dan juga kepulauan sekitar  Kudat.  Kebanyakan suku kaum Momogun Rungus adalah  menganut agama Kristian.
Tarian Sumundai Monggigol
Tarian suku kaum Momogun Rungus ditarikan oleh seorang lelaki dan beberapa orang perempuan. Tarian yang dinamakan Sumundai-Mongigol ini diiringi dengan paluan gong. Alatan muzik yang digunakan terdiri daripada 4 buah gong dan gendang yang dinamakan 'Tontog'. Penari perempuan akan merapatkan bahu antara satu sama lain dan menggerakkan pergelangan tangan dengan langkah-langkah yang perlahan dan lembut. Apabila lelaki dan perempuan sama-sama menari, ia dipanggil "miandak" dalam bahasa Rungus. Tarian Sumundai-Mongigol ini ditarikan apabila tiba Pesta Kaamatan, upacara pemujaan semangat, majlis perkahwinan, kematian, keraian ataupun ketika menyambut tetamu yang istimewa.

“Suku Iranun”的图片搜索结果
2.Suku IranunIranun atau Illanun ialah nama satu suku kaum yang dikategorikan sebagai penduduk bumiputera Sabah. Iranun bermaksud berkasih-kasihan. Ini bagi mewujudnya sistem hubungan sosial yang amat erat, yang terikat oleh tali persaudaraan yang amat intim, yang  berlandaskan sistem kerjasama dan gotong-royong.
Mereka merupakan pelayar yang cekap, tempat tinggal masyarakat Iranun banyak tertumpu di kawasan tepi pantai. Namun ada juga yang terletak di bahagian dalam daerah. Masyarakat Iranun ini banyak menetap di daerah Kota Belud seperti di kampung Pantai Emas, Kaguraan, Kota Peladok, Tamau, Paya-Payas, Marampayan, Kota Bongan, dan lain-lain.
Suku Idaaan
Idaan adalah  etnik yang  menetap terutamanya di sekitar daerah Lahad Datu di persisiran timur Sabah.  Populasi semasa dianggarkan sekitar 6,000 ,  etnik ini memiliki hak esklusif bagi mengumpulkan sarang burung layang-layang di dalam gua batu kapur  di kawasan penempatan  mereka. Sebahagian besarnya adalah muslim, tetapi sebahagian kecil suku kaum yang dikenali sebagai Begaak adalah  animist.
Selama beberapa abad etnik Idaan telah memiliki mekanisme sosial berasaskan  sejarah. Sebagai etnik minoriti, Idaan beroperasi sebagai kumpulan korporat berkait rapat berkaitan dengan aktiviti menuai sarang burung layang-layang.
 “suku  Bisaya”的图片搜索结果

3.Suku BisayaBisaya dikatakan di antara yang pertama menerima Islam pada awal kurun ke-13. Kedatangan  Islam dalam  kaum Bisaya adalah melalui hubungan dagang dengan pedagang dari tanah Arab. Jika dilihat daripada segi kehidupan sosial, sedikit sebanyak pengaruh Arab memainkan peranan dalam urusan mereka sehari-harian.
Bangsa Bisaya adalah suku  kaum  asli yang telah tinggal dan menetap di Borneo Sabah sejak beribu tahun yang lalu. Kemahiran suku kaum ini dalah dalam bidang pertanian. Mereka juga mahir memburu binatang liar di hutan untuk dimakan.  Selain itu mereka juga menternak ayam, itik, angsa,  lembu dan lain-lain binatang sebagai makanan.
Kaum Bisaya juga mahir dalam seni kraftangan dan sebahagian besar peralatan kraftangan digunakan dalam kehidupan seharian mereka  selain mahirr menangkap ikan.

Tarian Bubu
Kaum Bisaya mempunyai tariannya sendiri, iaitu Tarian Bubu yang biasanya dipersembahkan  semasa upacara perkahwinan, pertunangan dan jamuan  masuk rumah baru.  Mereka percaya kepada kuasa ghaib, oleh itu dukun atau pawang menjadi perantara komunikasi bagi mereka dengan dunia lain.
                        “suku suluk”的图片搜索结果
 4.Suku Suluk Sulu berasal daripada Kepulauan Sulu dan Borneo (Sabah) sejak zaman Kesultanan Sulu lagi. Kaum Suluk ini menggunakan bahasa Tausug sebagai bahasa pertuturan. Agama rasmi yang dianuti adalah agama Islam. Kaum Suluk ini juga mempunyai budayanya yang unik dan tersendiri. . Pusat petempatan bagi orang Suluk adalah terletak di daerah Kudat, Semporna, Sandakan, Lahad Datu, Kota Kinabalu, Menggatal,T uaran dan Telipok
 Orang Suluk tidak memanggil diri mereka Suluk melainkan menggelar diri mereka Tausug yang  membawa maksud "Orang dari Sulu". 

Tarian Balok-balok
Tarian Bolak-Bolak adalah  tarian suku   kaum Suluk yang diiringi dengan pukulan "gabbang" yang sering diadakan di majlis-majlis perkahwinan dan majlis-majlis keramaian yang lain. Tarian ini dilakukan oleh kaum wanita dan lelaki yang memakai pakaian tradisional berwarna warni.
Penari menggunakan empat bilah kayu kecil jenis keras yang digenggam dengan tangan, dua bilah kayu dalam satu tangan ditepuk-tepuk sehingga mengeluarkan bunyi sama rentak dengan pukulan kulintangan.


5.Suku TidungSuku kaum Tidung adalah suku kaum rumpun Melayu yang banyak terdapat di bahagian tenggara Sabah iaitu sekitar daerah Tawau dan Sebatik. Antara suku kaum Melayu Tidung begitu dikenali di Tawau ialah Tidung Apas, Tidung Indrasabah, Tidung Membalua, Tidung Merotai dan Tidung Kalabakan. Terdapat juga ramai suku kaum Tidung di beberapa kawasan di Sandakan seperti di Beluran.
Mereka adalah etnik Muslim dan menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan entiti masyarakat lain di sekitarnya seperti masyarakat Bolongan ( Tanjung Selor), masyarakat Banjar ( Banjarmasin ), masyarakat Kutai dan masyarakat Berau yang merupakan penghuni. 

Tarian Zapin
Dalam budaya masyarakat Melayu Tidung, tarian zapin atau zipin serta alat muzik seperti gambus dan kompang yang berasal dari budaya Arab sudah lama digunakan sejak turun temurun. Di Tawau ini juga terdapat masyarakat Melayu keturunan Arab dan Habib yang merupakan golongan pendakwah Islam  terdahulu yang telah menetap di sini dan berkahwin dengan masyarakat tempatan.

                                               Masyarakat Sarawak
             “masyarakat sarawak”的图片搜索结果
 Latar Belakang
·         Nama Sarawak berasal dari nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak.
·         Penemuan dan peninggalan sejarah di Gua Niah seperti tembikar, alat perkakas yang diperbuatdaripada batu, serta lukisan pada dinding dua mcmbuktikan Sarawak sebagai negeri terawalyang didiami oleh manusia di Asia Tenggara.
·         Sarawak ditadbir oleh Kesultanan Brunei sejak abad ke-15 yang membahagikan Sarawak kepada beberapa unit jajahan yang ditadbir oleh seorang pembesar yang mempunyai kuasa autonomi.
·         Contohnya, Sungai Skrang ditadbir oleh Syarif Sahap dan Sungai Sarawak ditadbir oleh Pangeran Mahkota.
“perayaan Gawai”的图片搜索结果
 Masyarakat Sarawak
·         Terdapat 27 kumpulan etnik di Sarawak yang mempunyai bahasa, cara hidup, dan budaya yangberbeza.
·         Penempatan di persisiran pantai terdiri daripada orang Melayu dan Melanau.
·         Penempatan di lembah sungai terdiri daripada orang Iban, Bidayuh dan Kenyah.
·         Penempatan di pedalaman terdiri daripada orang Kelabit, Penan, dan Murut.
·         Corak penempatan dan taburan penduduk yang berselerak menyebabkan masyarakat Sarawak kurang berhubung dengan orang luar dan, membentuk identiti kebudayaan tersendiri mengikut persekitarannya.

 Kegiatan Sosiobudaya

1. Pendidikan
·      Pendidikan tidak formal melalui cerita lisan dan kepercayaan turun-temurun seperti cara berburu dan memungut hasil hutan.
·      Pendidikan formal dijalankan di masjid dan sekolah agama bagi kumpulan etnik beragama,Islam.
“masyarakat sarawak”的图片搜索结果
2. Peraturan dan adat resam
·      Masyarakat beragama Islam mengamalkan cara hidup berasaskan ajaran Islam.
·      Masyarakat bukan Islam pula berasaskan hidup yang telah diwarisi secara turun-temurundaripada nenek moyang.
·      Tuai rumah ialah orang yang menjaga keselamatan dan keamanan di kawasannya. Beliau menyelesaikan masalah seperti perkahwinan, peraturan, penceraian, dan perayaan.
·      Orang Iban mewarisi tajau yang berfungsi sebagai harta simpanan.
·      Orang Kayan, Kelabit, dan Kenyah menindik telinga dan menggantung gelang timah atau tembaga sehingga cuping menjadi labuh.
·      Orang Melayu Sarawak mengamalkan adat resam berasaskan agama Islam.

“perayaan Kaul”的图片搜索结果3. Kebudayaan
·      Orang Melanau merayakan perayaan Kaul untuk menjamu Ipok yang mengawal laut.
·      Orang Iban merayakan perayaan Gawai dan menarikan Tarian Ngajat.
·      Orang Melayu Sarawak mempunyai tradisi yang dipanggil bergendang. Ia meliputi muzik, nyanyian, pantun, dan tarian.

相关图片
4. Alat muzik
·      Gendang, suling, sape, dan engkerurai.


“animisme”的图片搜索结果
5. Agama dan kepercayaan
·      Orang Iban, Murut, Kelabit, Kenyah, Kayan, dan Bisaya percaya kepada animisme.
·      Orang Melanau bukan Islam percaya kepada makhluk ghaib bernama Ipok.
·      Orang Penan dikenali sebagai Penan nomad kerana hidup berpindah-randah dan dilarang menetap secara kekal.
·      Orang Iban menyemak kawasan yang hendak didirikan rumah dan percaya petandadaripada bunyi burung beragai dan burung ketupung.

 Kegiatan Ekonomi
1. Sara diri
·      Mereka menanam padi huma, dan padi bukit, menjadi nelayan, memungut hasil hutan, dan berniaga secara kecil-kecilan.
·      Ekonomi sara diri yang utama ialah berburu dan memungut hasil hutan.


“padi bukit”的图片搜索结果
2. Pertanian
·      Pertanian utama ialah padi huma, padi sawah, lada hitam, dan sagu.
·      Orang Iban, Bidayuh, dan orang Ulu menanam padi huma.
·      Orang Kelabit menanam padi sawah dan terkenal dengan pengeluaran beras Bario.
·      Orang Melanau mengusahakan perusahaan sagu.
·      Orang Kedayan dan Murut menanam lada hitam.


“Antimoni”的图片搜索结果
3. Perlombongan
·      Antimoni dan emas diusahakan oleh orang Bidayuh.
·      Orang Cina mengusahakan perlombongan emas di Bau, Bidi, dan Paku.


“kerajaan Melaka.”的图片搜索结果
4. Perdagangan
·      Sarawak pernah menjalinkan hubungan perdagangan dengan kerajaan Melaka.
·      Sarawak dikunjungi oleh pedagang dari China, Arab, India, dan Kepulauan Melayu.
·      Hasil dari Sarawak ialah lada hitam, halia, kapur barus, emas, permata, ikan, dan sarang burung.
·      Barang dari luar yang dibawa ke Sarawak ialah tembikar, sutera, barang logam, kain, dan barang perhiasan.